Minda Presiden PAS
RULE OF LAW: DI MANA ALLAH?
Ramai kalangan yang menulis dan bercakap
berkenaan kedaulatan undang-undang (Rule of Law), khusus di kalangan
umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Namun mereka telah
melupakan peranan akidah tauhid dalam pelaksanaan undang-undang dan
kedaulatannya.
Kemusykilan :
Apa yg dimaksudkan dgn aqidah tauhid itu?
akidah (العلم) furu'-1 : ghaib AQAL
VS
tauhid rububiyyah (رب) & (لله) uluhiyyah (tauhid-1 & tauhid-2) - ghaib QALBU.
Sepatutnya wajib diletakkannya dalam
Tauhid ‘Uluhiyyah dan Rububiyyah yang dihayati secara tersirat dalam 20
sifat yang wajib bagi Allah, bukan hanya dibaca secara tersurat sehingga
tenggelam dalam perbahasan khilafiyyah di antara Salafi yang paling
taasub (Wahabi) dan Khalafi yang sebahagian juga bertaasub (‘Asya’irah
dan Maturidiyyah), tanpa membaca sejarah gerakan Islah dan Tajdid yang
memahami pelaksanaan Islam sepanjang zaman yang berubah, tanpa
meninggalkan prinsip akidah dan syariat yang tidak berubah. Generasi
awal bersatu dalam perkara dasar dan tidak berkelahi dalam perkara
cabang yang berbeza
Penegasan :
perkara dasar : pokok - tauhid-1 @ tauhid rububiyyah - احد : رب (الدين) dan tauhid-2 @ i'ttiqad uluhiyyah - احد : رب (الاءسلام) - GHAIB QALBU.
perkara cabang : furu2 - aqidah (الاءيمان) dari syariah-fiqh - furu'-1 (العلم) - GHAIB AKAL.
Aqidah (الاءيمان : furu'-2 : rukun iman) dari Syariah-Fiqh (العلم : furu'-1 : memory : kebijaksanaan - intelligence) GHAIB AKAL tanpa I'TTIQAD & TAUHID YG BENAR adalah Aqidah - Syariah;Fiqh YG BATAL : BATHIL.
Sikap melupakan kehebatan syariat Islam
yang maha adil daripada sifat Ilmu dan Kalam Allah telah menyebabkan
ramai diperbodohkan menerusi peristiwa pembunuhan kejam terhadap
wartawan Almarhum As-Syahid Jamal Khashoggi, oleh kalangan yang kononnya
mendukung Mazhab Salafi (Wahabi) sehingga taasub membuta tuli dan
menjadi pengikut Salafi paling ulung yang bertukar menjadi buta dan
tuli, sehingga mencemarkan imej Islam yang datang daripada Allah Yang
Maha Adil.
Rasulullah S.A.W. menjadi teladan terbaik, ditegaskan benarnya melalui perisytiharan Allah S.W.T.:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ
الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (21)
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat,
serta ia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang)”. (Surah Al-Ahzaab: 21)
Rasulullah S.A.W. meletakkan dirinya
berada di bawah kedaulatan undang-undang, disebut dalam peristiwa yang
bersanad sahih lagi mutawatir (jumlah yang ramai dari kalangan yang
berilmu, bersifat adil dan kuat ingatannya), bukannya seperti kisah Hang
Tuah dan Hang Jebat yang tidak bersanad langsung, yang dikatakan taat
setia melulu dan beraninya melulu tanpa akal. Jangan sesekali mengambil
contoh Barat yang Kafir yang sebaik-baiknya tetap ke neraka juga, kerana
budimannya tidak beriman khususnya kepada Allah dan Hari Akhirat.
Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. menyampaikan sabdanya:
“Sesungguhnya binasalah umat pada zaman
dahulu kerana hanya menghukum orang yang lemah, membebaskan orang yang
kuat. Demi Allah sekiranya puteri kesayanganku Fatimah binti Muhammad
itu mencuri, nescaya aku hukum potong tangannya”. (Muttafaqun ‘Alaih)
Seterusnya di saat Baginda S.A.W. dipapah datang ke masjid beberapa hari sebelum wafatnya dan menyampaikan ucapan:
“Sekiranya ada dari kalangan kamu, yang
aku zalimi maruahnya sila nyatakan. Ini maruahku sila balas, sekiranya
ada hartanya yang aku zalimi sila nyatakan, kerana aku mahu menggantinya
…”.
Perkara ini dicontohi oleh para Khulafa’
Ar-Rasyidin dan raja-raja Islam yang adil selepasnya dan dilaksanakan
berkonsepkan mengabdikan diri kepada Allah, dengan bijak tanpa menyentuh
ketenteraman rakyat yang diutamakan, bukannya bodoh tanpa peduli
keutamaan ketenteraman rakyat.
Pelaksanaannya mengikut proses kehakiman
yang adil dan beriman, menepati prinsip Siyasah Syariah dan Maqasid
Syariah yang sebenarnya, bukan sekadar ucapan sahaja laksana burung
kakak tua yang bercakap tanpa akal yang matang dan ilmu yang mendalam.
Pelaksanaan Islam sangat ditakuti oleh
musuhnya. Kalau yang memimpin itu Islam, kerana adilnya akan menjadi
dakwah amali yang menarik manusia kepada Islam sehingga berduyun-duyun.
Islam menerokai jalan sutera dan
mengharungi lautan sehingga ke Nusantara. Semua bumi yang dipijak oleh
para pemimpin bersama Islam yang memerintah, diterima rakyat kerana
keadilan, akhlak yang mulia dan kebijaksanaannya menaungi rakyat, bukan
menjajah dan memaksa rakyat.
Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan
sehingga kini. Walaupun kuasa politiknya dijatuhkan, namun kesannya
masih ditanam ke dalam hati sanubari sejahil-jahil umat Islam.
Lihatlah betapa minoriti bukan Islam
hidup aman damai di tengah masyarakat majoriti besar umat Islam seperti
di Malaysia dan lain-lain, diterima menjadi rakyat walaupun berbeza
agama, bangsa dan warna kulitnya. Bandingkan nasib minoriti umat Islam
di tengah masyarakat bukan Islam di mana sahaja, walaupun satu bangsa
dan satu bahasanya.
Sehingga kini Islam sudah ada model
dalam sejarahnya, namun dihalang bangkit kembali semula di mana sahaja.
Semua ideologi dan teori lain belum nyata modelnya yang berpijak di bumi
nyata, kerana tetap menemui kegagalan dalam mendapatkan kuasa yang
kuat.
Kami tidak berhajat kepada pengajaran
sejarah lain yang jauh daripada petunjuk Allah bernama Islam ini, sama
ada sebelum Masihi atau selepas Masihi, termasuk negara yang dikatakan
bertamadun yang dilihat bangunannya sahaja tanpa melihat berapa ramai
rakyat dikorbankan di bawah bangunan istana dan kota yang didirikan.
Begitu juga tokoh sejarah yang separuh matang dan mentah di jalanan yang
melaporkan para pemimpin dan segala tokohnya yang dipuja seperti Tuhan,
walaupun ditutup kezaliman, namun terbocor juga bersama lambang
kezalimannya.
Kami mempunyai sejarah para anbia’ dan
aulia’ yang dilaporkan oleh Al-Quran yang kami yakin akan kebenarannya.
Laporan berdasarkan ilmu dan akal yang bijaksana serta berpandukan
hidayah yang dinyatakan secara ilmu yang benar, adil dan bijak.
Namun sejarah ini dihapuskan segala
monumen kota, istana dan bangunannya. Maka tiada peninggalan monumen
sedikit pun di atas muka bumi dan dunia yang diperintahnya. Tiada istana
Kota Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Raja Zulkarnain yang menakluk
dunia.
Apa yang ada adalah monumen kerajaan
yang zalim, matinya tanpa bertaubat. Ditinggalkan monumennya untuk
dilihat oleh para pelancong, seperti Taman Bergantung Raja Namrud yang
menegakkan Kerajaan Babylon, Piramid Firaun, kota-kota dan stadium
peninggalan Rom Greek, Tembok Besar China, patung-patung di India dan
seumpamanya.
Firman Allah :
تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ (134)
“Mereka itu adalah satu umat yang telah
lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan,
dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; Dan kamu tidak akan
ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka
lakukan”. (Surah Al-Baqarah: 134)
Elemen-elemen salah laku yang diulangi
sebutannya hanya untuk menjadi alasan, seperti mengadu kesakitan yang
berulang kali tanpa mencari ubat yang mujarab (berjaya dicuba).
Sepatutnya bukan sekadar membalas dendam
sahaja, tetapi ditegakkan prinsip dan konsep ‘Rule of Law’ dahulu
dengan peristiwa baru yang menjadi elemen diperkenalkan konsep
kedaulatan undang-undang supaya meneladani tindakan Rasulullah S.A.W.
yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang bertaubat pada masa
Fathu Makkah. Walaupun jenayahnya membunuh bapa saudara kesayangannya,
Hamzah bin Abdul Muttalib dan berpuluh lagi daripada keluarganya yang
berjuang Islam serta para sahabat kesayangannya R.A. yang lebih ramai
dan lebih dahsyat daripada peristiwa Memali dan lain-lain.
Masih kecil untuk dibandingkan apa yang
dialami oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS yang terdahulu, yang
beristiqamah dan sangat setia kepada perjuangan sehingga akhir hayat,
mati dalam keadaan tidak meninggalkan perjuangan atau melompat ke arah
pokok yang kelihatan lebat buahnya. Bukan juga yang lari menjadi semut
yang diam di dalam gula atau tikus yang kelu bersembunyi dalam timbunan
padi dan beras, yang bersuara sekali sekala dalam kekenyangan, bukannya
perjuangan.
Kemenangan Islam berbeza dengan
kemenangan Revolusi Perancis yang menjadi kebanggaan golongan Liberal
dan berbeza dengan kemenangan Revolusi Komunis Soviet dan China yang
menjadi kemenangan golongan Sosialis.
Kemenangan Islam itu menegaskan akan
janji benar daripada Allah kepada Rasul-Nya dan janji Rasul kepada
umatnya. Janji benar yang menjadi sifat wajib bagi Rasulullah S.A.W.
yang ditegaskan oleh firman Allah yang benar-benar berlaku:
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا
لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ (171) إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ (172)
وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ (173)
“Dan demi sesungguhnya telah ada
semenjak dahulu lagi, ketetapan kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus
menjadi Rasul. (171); Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang
diberikan pertolongan mencapai kemenangan. (172); Dan bahawasanya
tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang
mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran”. (173) (Surah
As-Shoffaat: 171-173)
Firman Allah:
لَّقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ
الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ
اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ
فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا
(27) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا (28)
“Demi sesungguhnya Allah tetap
menyatakan benar Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang
sebenar; Iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram
Insya-Allah (pada masa yang ditentukan-Nya) dalam keadaan aman
(menyempurnakan ibadat umrah kamu)dengan mencukur kepala kamu; dan
kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa
takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar semula dari situ).
(Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui
(adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya;
maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan
yang dekat (masa berlakunya). (27);
(Allah yang menyatakan itu) Dialah
yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad S.A.W.) dengan membawa hidayah
petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya
dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang lain; Dan cukuplah
Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya
itu)”. (28) (Surah Al-Fath: 27-28)
Al-Quran adalah petunjuk mukjizat yang
diimani oleh penganut Islam yang beriman dan budiman di sepanjang zaman.
Maka yang layak mewarisinya, hanya parti yang menganut dan
memperkasakan bangsanya bersama Islam. Bukan untuk parti yang tidak
berbangsa atau tidak berjiwa bangsa serta tidak berakidah dan berakhlak
Islam. Termasuk mereka yang tidak berwala’ kepada Allah dan Rasul, serta
orang-orang yang beriman bagi mengejar kemenangan. Maka Allah
mengarahkan Rasulullah S.A.W. supaya mengajak bangsanya bersama Islam
dahulu menjadi akidah perjuangan, bukannya mencari rakan yang tidak
beriman dan budiman.
Firman Allah:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ
اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (215) فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي
بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ (216) وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ
الرَّحِيمِ (217)
“Dan berilah peringatan serta amaran
kepada kaum kerabatmu yang dekat. (214);
Dan hendaklah engkau merendah
diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (215);
Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepada-Mu, maka katakanlah:
“Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan”. (216);
Dan
berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Mengasihani. (217).
(Surah As-Syua’ra’: 215-217)
Kalau yang memimpin itu Islam, jika
zalimnya sekurang-kurangnya menjadi gembala lembu. Tetapi kalau yang
memimpin itu bukan Islam walaupun paling baiknya, boleh menjadi pekerja
apa sahaja tanpa batas halal dan haramnya yang berakhir dengan neraka
juga.
Maka ‘Rule of Law’ berpandukan petunjuk
Allah sahaja yang menjadi penyelamat negara dan semua bangsa,
berslogankan Islam itu adil untuk semua kerana datangnya daripada Allah
Pencipta Alam Semesta, di samping kesempurnaan sifatnya dan sistem
kehakimannya yang berpaksikan akidah yang menjadi rohnya yang tidak
selengkap undang-undang ciptaan manusia.
Penegasah :
Apabila Islam (الاءسلام) menjadi tajuk, maka wajib bersambungan dgn I'ttiqad (pokok ketuhanan-2 @ tauhid-2 @ I'ttiqad Uluhiyyah - (لله : اله) - GHAIB QALBU (niat : i'ttiqad), walaupun Islam (الاءسلام) itu terbahagi kpd Tiga (3) :...
1) العتقاد الاءسلام - pokok ketuhanan-2 @ tauhid-2 @ I'ttiqad Uluhiyyah - لله : اله : perihal hak & kekuasaan mutlak zat الله - GHAIB QALBU.
2) عقيده الاءسلام - furu'-2 (الاءيمان : rukun iman) - GHAIB AKAL.
3) شريعه : فقه الاءسلام - furu'-1 (العلم : memory) - GHAIB AKAL.
Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن
تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ
النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم
بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil (dengan hukum Allah).
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 58)
“Islam Memimpin”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Jamadil Awal 1440H / 8 Januari 2019M