*1. Jangan berkata-kata kasar* (QS 3 – Ali Imran : 159),
Maka dengan sebab
rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),
engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya.
(A-li'Imraan 3:159)
Kemuncak bagi manusia berAgama Tauhid (ad-deen) & berI'ttiqad diredhoi Allah Islam (al-Islam) adalah AKHLAQ.
*2. Tahanlah marah* (QS 3 – Ali Imran : 134),
Iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang
menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik;
(A-li'Imraan 3:134)
Kemuncak bagi manusia berAgama Tauhid (ad-deen) & berI'ttiqad diredhoi Allah Islam (al-Islam) adalah AKHLAQ.
*3. Berbaiklah kepada orang lain* (QS 4 – An Nisaa’ : 36),
Dan hendaklah kamu
beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu
apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum
kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran
tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat,
dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan
membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36)
Kemuncak bagi manusia berAgama Tauhid (ad-deen) & berI'ttiqad diredhoi Allah Islam (al-Islam) adalah AKHLAQ.
*4. Jangan sombong dan bongkak* (QS 7 – Al A’raaf : 13)
"Allah berfirman:
"Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku
sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari
golongan yang hina". (Al-A'raaf 7:13)
*5. Maafkanlah kesalahan orang lain* (QS 7 – Al A’raaf : 199),
Terimalah apa yang
mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta
berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil
dengan kejahilannya).
(Al-A'raaf 7:199)
Hadits Tentang Akhlaq:
إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ صَالِحَ اْلأَخْلاَقِ.
“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik. (HR. Ahmad)
قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : "إِنَّ لِكُلِّ دِيْنِ خُلُقًا وَخُلُقُ الإسلامَ الْحَيَاءُ
Dari Anas semoga Allah meridhoinya dia berkata : Nabi shalallahu alaihi wa sallam bersabda : "Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islami adalah rasa malu." (HR. Ibnu Majah)
إِنَّ اللهَ كَرِيْمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ وَمَعَالِيَ اْلأَخْلاَقِ وَيُبْغِضُ سِفْسَافَهَا
“Sesungguhnya
Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta
membenci akhlak yang rendah/hina. (HR. Bukhori, HR Muslim)
إنَّ مِنْ خِيَارِكُمْ أَحْسَنَكُمْ أَخْلاَقًا
Sesungguhnya yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik akhlaknya. (HR. Ahmad)
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا (الترمذى
“Orang
mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah ia yang memiliki akhlak
terbaik. Yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik
*6. Berbicaralah dengan nada halus dan
PERINTAH : LARANGAN ALLAH DALAM القران TENTANG AKHLAQ : اخلاق KEHIDUPAN MANUSIA SEHARI-HARI
bersopan*
(QS 20 – Thaahaa : 44)
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".
(Taha 20:44)
*7. Rendahkanlah suaramu*
(QS 31 - Luqman : 19)
"Dan sederhanakanlah
langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa
berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman 31:19)
*8. Jangan mengejek orang lain*
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)
Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu
puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang
lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut
menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah
buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)
maka merekalah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujuraat 49:11)
*9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)*
(QS 17 – Al Israa’ : 23)
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)
سورة العاديات
Dengar Surah Al-'Aadiyaat
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
(Al-'Aadiyaat 100:1)
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
(Al-'Aadiyaat 100:2)
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
(Al-'Aadiyaat 100:3)
Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
(Al-'Aadiyaat 100:4)
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;
(Al-'Aadiyaat 100:5)
Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
(Al-'Aadiyaat 100:6)
Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;
(Al-'Aadiyaat 100:7)
Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
(Al-'Aadiyaat 100:8)
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana
keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
(Al-'Aadiyaat 100:9)

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
(Al-'Aadiyaat 100:10)

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang
(balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.
(Al-'Aadiyaat 100:11)
Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa' 17:23)
*10. Jangan kamu jadi orang yang mula-muka Kafir (engkar) larangan Allah (al-Quran) *
(QS 2 – Al Baqaroh : 41)
Dan berimanlah kamu
dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab
yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang
mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan
ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang
sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:41)
*11. Menyembunyikan kebenaran apabila terkena atas batang hidung sendiri.
Dan janganlah kamu
campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan
yang benar itu pula (apabila dibacakan terkena atas batang hidung kamu
sendiri) padahal kamu semua mengetahuinya (menyembunyikan kebenaran itu
adalah salah).
(Al-Baqarah 2:42)
HADIST TENTANG AKHLAQ:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ دَرَجَاتِ
قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ (مسند أحمد
‘Aisyah-semoga
Allah meridhainya-berkata, “Aku mendengar Nabi-shallallaahu ‘alaihi
wassalaam-berkata, sungguh orang-orang yang beriman dengan akhlak baik
mereka bisa mencapai (menyamai) derajat mereka yang menghabiskan seluruh
malamnya dalam sholat dan seluruh siangnya dengan berpuasa.” [Musnad
Imam Ahmad]
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ شَيْءٍ يُوضَعُ فِي
الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ
الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلَاةِ
(الترمذي
Abu Darda’ meriwayatkan: Aku mendengar Nabi Muhammad
saw berkata, “Tak ada yang lebih berat pada timbangan (Mizan, di hari
Pembalasan) dari pada akhlak yang baik. Sungguh, orang yang berakhlak
baik akan mencapai derajat orang yang berpuasa dan sholat.” (Hadits
riwayat al-Tirmidzi)
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ )البخاري
“Orang
muslim yang baik adalah yang muslim lainnya aman dari ganguan ucapan
dan tangannya, dan orang yang Hijrah (tergolong kelompok Muhajirin)
adalah yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah.” (Hadits riwayat
Bukhari)
إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ
“Sesungguhnya
kelembutan itu tidak berada pada sesuatu kecuali menghiasinya dan tidak
dicabut dari sesuatu kecuali memperburuknya.” (HR. Muslim).
أَنَا
زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ
كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ
وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ
خُلُقَهُ
“Aku adalah penjamin sebuah rumah di sekitar taman
(surga) bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan walaupun ia benar,
penjamin rumah di tengah surga bagi orang yang meninggalkan dusta
walaupun ia bercanda, juga menjadi penjamin sebuah rumah di surga paling
atas bagi orang yang memiliki husnul khuluq.” (HR. Abu Dawud).
*12. Jangan memasuki bilik peribadi ibu bapa tanpa izin* (QS 24 – An Nuur : 58)
Wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh
dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat
kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika
kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah
sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah
aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada
tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar
masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat
antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:58)
*12. Catatlah hutang-hutangmu* (QS 2 – Al Baqarah : 282)
Wahai orang-orang yang
beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang
yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah
seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.
Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia
bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu
pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau
lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka
hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah
kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian
kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki
dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi
saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang
berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan
saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan
janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu,
sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di
sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga
lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara
itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka
tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila
kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu
disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka
sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada
pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan
(ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah
sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:282)
*13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta* (QS 2 – Al Baqarah : 170)
Dan apabila dikatakan
kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah"
mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami
dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya)
sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang
perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari
Allah)?
(Al-Baqarah 2:170)
*14. Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan* (QS 2 – Al Baqarah : 280)
Dan jika orang yang
berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh
sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan
hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu
mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
(Al-Baqarah 2:280)
Dan peliharalah diri
kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan
kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang
menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan
balasannya sedikitpun.
(Al-Baqarah 2:281)
*16. Jangan melakukan rasuah)* (QS 2 – Al Baqarah : 188)
Dan janganlah kamu
makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan
jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya).
(Al-Baqarah 2:188)
*17. Jangan ingkar atau melanggar janji* (QS 2 – Al Baqarah : 177)
Bukanlah perkara
kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,
tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari
akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada
kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang
terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan
untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan
sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan
orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang
benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga
orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:177)
*18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu* (QS 2 – Al Baqarah : 283)
Dan jika kamu berada
dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh),
sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang
gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau
yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah
bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang
berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang
diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.
Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya,
maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah),
Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:283)
*19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan* (QS 2 – Al Baqarah : 42)
Dan janganlah kamu
campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan
yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)
*20. Berlakulah adil terhadap semua orang* (QS 4 – An Nisaa’ : 58)
Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah
dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(An-Nisaa' 4:58)
/// - 1-20/100
Ab Sheikh Yunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan