Selasa, 11 Disember 2018

Perintah Allah kpd Nabi agar menentang golongan "Kuffar - Munafiq".



A009
Wahai Nabi! Berjihad lah (menentang) orang-orang ("kuffar" berulang-ulang engkar larang Allah : القران) kafir dan orang-orang munafik (sesat menghampiri Syirik), serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah (diancam) neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
(At-Tahriim 66:9)

Kufur (niat : i'ttiqad)-(amal) Kafir - engkar larang Allah : القران 
Sesat - berulang-ulang Kafir : Engkar larangan Allah : الفران :
- Pasiq : perosak hubungan manusia sesama manusia - Syaitan...
- Munafiq : perosak hubungan manusia dengan Allah - Iblis...

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk (ilham : hidayah) kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar (kafir berulang-ulang - sesat)."
(Az-zumar:3)


Firman Allah s.w.t:
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)
Ertinya:
"Dalam hati mereka ada penyakit (riya', ujub, suma'ah, takabbur), lalu,Allah s.w.t tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta."
(Al-Baqarah:10)
 


Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ
Ertinya:
"Wahai orang-orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasiq (golongan sesat) yang membawa berita (fitnah), maka perhatikanlah (selidiklah) dengan teliti (kebenarannya)."

ang besar dan nyata.
 


Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَكُمۡ هُزُوً۬ا وَلَعِبً۬ا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَٱلۡكُفَّارَ أَوۡلِيَآءَ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٥٧)
Ertinya:
"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu angkat jadi pemimpin orang-orang yang mengambil agamamu, memperolok dan mempermainkan, diantara ahli kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir. Takutlah kepada Allah s.w.t jika kamu orang beriman."
(Al-Maidah:57)
 


MARI KITA MENGENAL orang-orang SESAT golongan PASIK & MUNAFIIO.
ENGGAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH S.W.T (SABIELILLAAHI)
Jihad adalah suatu tuntutan agama yang disyariatkan untuk menghapuskan segala bentuk kebatilan, kezaliman dan kefasikan di muka bumi. Oleh itu orang yang enggan berjihad dan menghalang umat islam daripada berjuang di jalan Allah s.w.t adalah termasuk orang-orang munafik dan
dimurkai Allah s.w.t
فَرِحَ ٱلۡمُخَلَّفُونَ بِمَقۡعَدِهِمۡ خِلَـٰفَ رَسُولِ ٱللَّهِ وَكَرِهُوٓاْ أَن يُجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَقَالُواْ لَا تَنفِرُواْ فِى ٱلۡحَرِّ‌ۗ قُلۡ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّ۬ا‌ۚ لَّوۡ كَانُواْ يَفۡقَهُونَ (٨١)

Ertinya:
"Telah gembira orang-orang yang tinggal di tempat duduknya,sepeninggalan Rasul Allah dan mereka benci berjuang dengan harta dan dirinya di jalan Allah s.w.t dan mereka berkata:'Janganlah kamu keluar berjuang waktu panas, 'Katakanlah:'Api neraka jahannam lebih panas daripada itu jika mereka mengerti.""
(At-Taubah:81)
 



MENGUBAH, MEMUTAR BELIT DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH S.W.T
Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia adalah suci, mengandungi kebenaran yang hak, sentiasa sesuai sepanjang zaman dan terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau merosakkannya. Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan luas, cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut kehendak )hawa napsu) sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu (bukan semata-mata kerana Allah - Lillaahi), maka mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak menghancurkan umat islam,Al-Quran dan sunnah.

Firman Allah s.w.t:
وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)
Ertinya:
"Dan berimanlah kamu kepada (Kitab) yang aku turunkan yang membenarkan (kitab) yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula kafir (ingkar) dengan dia dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan wang yang sedikit takutlah kepada-Ku."
(Al-Baqarah:41)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja, maka tempatnya dalam neraka."
(HR.At-Tarmizi)

///
 


 

Tiada ulasan: